Isnin, 8 Mac 2010

KAMI SEDIA MEMBANTU

APAKAH KAUNSELING SEKOLAH?

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong antara kaunselor dengan klien untuk meningkatkan potensi diri klien dari pelbagai aspek seperti emosi dan tingkahlaku.


APAKAH KAUNSELING SAMA DENGAN MEMBERI NASIHAT?

Tidak. Sesi kaunseling tidak sama dengan memberi nasihat. Kaunselor tidak meletakkan nilai dirinya kepada klien. Sedangkan dalam memberi nasihat, seseorang akan meletakkan nilai dirinya kepada diri individu yang menerima nasihat.

APAKAH TUJUANNYA?


Untuk menolong para pelajar memahami dirinya serta situasi mereka sehingga mereka dapat mengatasi sendiri masalah yang dihadapi sama ada dalam sosial, peribadi, emosi dan kerjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan