DI MANA SILAPNYA?

Kebelakangan ini kita kita sering dikejutkan dengan berita kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi yang dilakukan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan. Setiap hari kita mendengar dan melihat berita-berita seperti ini dipaparkan di media masa. Timbul persoalan dimanakah silapnya sehingga terjadinya perkara-perkara yang tidak berperikemanusiaan seperti ini. Kemanakah hilangnya sikap perikemanusiaan dan nilai kasih sayang sehingga ada yang sanggup berkelakuan sebegini. Malu untuk memperkatakan golongan yang kejam ini seperti binatang kerana jika dilihat binatang juga mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi, binatang lebih kasih akan anaknya dan bertindak ganas sekiranya ada yang mengancam keselamatan anak-anaknya. Apa yang dapat diperkatakan disini adalah golongan yang melakukan penderaan yang kejam ini sebagai golongan yang sakit otak dan bertindak mengikut nafsu buas dan berada di bawah telunjuk syaitan yang direjam.
           Sebagai manusia yang beragama, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya setiap dari kita berpegang teguh kepada ajaran agama dan mengamalkan serta menghayati nilai-nilai agama yang kita anuti. Nabi MUHAMMAD S.A.W. telah berpesan didalam khutbahnya yang terakhir " Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku".
           Dalam dunia yang serba maju ini dan penuh dengan dugaan dan cabaran hidup dalam zaman yang penuh cabaran ini, kita tidak seharusnya menjadi lalai dengan kemewahan dan keseronokan sementara dunia. Syaitan itu sentiasa akan cuba menyesatkan umat manusia jika kita lalai dan tidak berpegang teguh dengan ajaran agama, maka akan terjadilah pelbagai kemungkaran sekiranya kita lemah dan terpengaruh dengan pujukan syaitan.