Isnin, 8 Mac 2010

BAGAIMANA KAUNSELOR BOLEH MEMBANTU ANDA?

  • Masalah peribadi
  • Masalah pembelajaran
  • Masalah rakan sebaya
  • Masalah kesihatan
  • Masalah keuwangan
  • Masalah penempatan
  • Menjalani ujian psikologi
  • Maklumat kerjaya

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

KAUNSELING INDIVIDU

Sesi pertemuan secara bersemuka (face to face). Klien boleh bertemu dengan kaunselor secara sukarela dengan membuat temujanji. Hanya isi borang temujanji, kemudian serahkan ke unit B&K dan kamu akan dipanggil untuk sesi kaunseling individu.

KAUNSELING KELOMPOK

  • Bilangan ahli 4-8 orang.
  • Ahli kelompok perlu menjaga etika kerahsian.
  • Anda berasa lebih selesa apabila mengetahui ada orang lain yang mempunyai masalah yang serupa dengan anda.
  • Anda dapat berkongsi pengalaman dengan ahli kelompok.

KAUNSELING KERJAYA

Anda akan dapat membina dan merancang kerjaya masa depan selaras dengan minat dan potensi diri.

BIMBINGAN

Bimbingan kemahiran belajar, maklumat kerjaya dan lain-lain.....

KAMI SEDIA MEMBANTU

APAKAH KAUNSELING SEKOLAH?

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong antara kaunselor dengan klien untuk meningkatkan potensi diri klien dari pelbagai aspek seperti emosi dan tingkahlaku.


APAKAH KAUNSELING SAMA DENGAN MEMBERI NASIHAT?

Tidak. Sesi kaunseling tidak sama dengan memberi nasihat. Kaunselor tidak meletakkan nilai dirinya kepada klien. Sedangkan dalam memberi nasihat, seseorang akan meletakkan nilai dirinya kepada diri individu yang menerima nasihat.

APAKAH TUJUANNYA?


Untuk menolong para pelajar memahami dirinya serta situasi mereka sehingga mereka dapat mengatasi sendiri masalah yang dihadapi sama ada dalam sosial, peribadi, emosi dan kerjaya.

Ahad, 7 Mac 2010

GPK 1


JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK.BRICKFIELDS 1

PENGERUSI
PN. KOK SEA YIN
(GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI
PN. NOORAISHAH BT. ABU BAKAR
GURU PENOLONG KANAN HEM
NAIB-NAIB PENGERUSI
EN. NAZRY BIN JABAR
GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK
EN.AZMI BIN KUSNIN
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
EN. ALIAS BIN MARZUKI
GURU PENOLONG KANAN
PENDIDIKAN KHAS
SETIAUSAHA
EN. AHMAD ROSKHAIRIL HISYAM BIN TAJUDIN
GURU BIMBINGAN KAUNSELING SEPENUH MASA
BENDAHARI
PN. ZALIZA BT. SULAIMAN
PENOLONG SETIAUSAHA
PN. ROZALITA BT. MOHD SUFFIAN
AHLI JAWATANKUASA
PN. HASLINA BT. ALIAS
USTAZ MOHD HAIRIZAN BIN HUSIN
CIK CHIK PATIAH BT. AHMAD RASHIDI
PN. JUHAIDA BT. BAHARI



MOTO PERKHIDMATAN

INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN

MISI PERKHIDMATAN

Untuk merealisasikan visi, kami memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:




  1. Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.

  2. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak (SQ).
  3. Membimbing murid kearah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  5. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  6. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

VISI PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

Rabu, 3 Mac 2010

FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.